Monday, April 7, 2014

Gusar

Tiga semester berturut-turut pegang sijil dekan. Kalau semester ni tak dapat nak kekalkan mesti rasa kecewa sebab dua sem terakhir je ni. Dah berusaha sedaya upaya tapi masih tak yakin. Yakin boleh kekalkan 3 pointers ke atas tapi cam tak yakin leh maintain 3.5 ke atas tu. Subjek-subjek bertambah susah. Lepas tengok carrymarks yang borderline gitu2 rasa melayang separuh semangat sebab ku rasa ku dah buat tugasan elok2, kehadiran penuh, dan ujian pun cam bolehlah tapi masih... hm :/

Entahlah. Cam terbeban pula bawa harapan semua orang. Depa selalu kata "Cubalah yang terbaik. Tak kisah dapat apa" tapi kalau tak dapat kekalkan sijil dekan ni mesti ada kehampaan di sudut hati kan? Tak suka rasa camni :(

Ku benci gak dengar orang kata "alaa budak sijil dekan mesti takda hal punya exam ni kan. Lain la kitorang". Dei, takda beza pun aku dengan kau. Terima ilmu yang sama dalam kelas, lecturer sama, dan buat tugasan yang sama.

"Ala kos senang takkan la takleh maintain?". Duh? Kalau senang sangat, baiklah semua orang dapat anugerah naib canselor dan takda sorang pun repeater dalam fakukti. Kalau nak compare dengan kos medic or engineering, of course la kos ku senang tapi takleh la buat perbandingan cenggitu. Takda perkara yang senang dalam dunia ni.

Sak ati.