Tuesday, December 23, 2008

Resipi: Nasi Goreng Mentega


Senang je! Senang sangat nak masak nasi goreng mentega ni.

Bahan:
1-2 sudu besar mentega
Semangkuk nasi putih

Cara:
Panaskan kuali, dan cairkan mentega. Mentega cair je, terus masukkan nasi putih. Gaul rata nasi dengan mentega cair, dan goreng sampai garing.

Siap!


Menu tengahari ni
Nasi goreng mentega sedap dimakan dengan sambal tumis ikan bilis dan telur goreng. Resipi orang malas hihihi :9


Monday, December 22, 2008

Anak kucing belakang rumah


Ada pendatang asing tanpa izin belakang rumah kami. Siapakah pendatang itu?

Tadaa~ 

Inilah pendatang baru yang dikatakan itu ;3
(Siap bagi nama. Hihi)



Si lobak


Si Lada


Si Cili

Tak tahu la anak kucing siapa. Mereka main di belakang rumah kami. Hai comelnya ;3

Sunday, December 21, 2008

Bawa kek ke sekolah


Semasa di tingkatan dua di SMKSI dulu.. Saya ada bawa kek yang saya buat sendiri ke sekolah. Selepas berkongsi dengan kawan-kawan perempuan sekelas, saya pelawa kawan sekelas yang lelaki juga. 

Dak lelaki semua pepura malu, dah suruh Ru rasa dahulu. Ru pun ambil la sikit.. Lepas Ru rasa, semua rebut ambil kek selaju ninja! (Sebab tu saya kata mereka pura-pura malu!). Noa tambah-tambah, Iz memalu kucing tapi 2 potong kek juga la dia baham, Awi memula macam taknak tapi bila offer bebetul depan mata baru la nak makan. Ru tak sempat nak ambil lagi sebab dah licin. Haa tu la, memalu lagi!

Kelakar la mereka ni.. Masa makan cute je rupa semua. Macam perangai kanak-kanak ;-D Masa jamuan kelas akhir tahun, ku tak bawa kek sebab Qieqie buat kek coklat untuk jamuan. Sedaaaappp!


Cik Bawang


"Cik Bawang" ni nama yang Iz kasi pada pokok bawang yang saya tanam. Hihihi. Kata Iz, "Bukti kemalasan Cik Nur untuk memasak". Ceh! Mana ada laaaaaaaa. 

Kisahnya saya terjumpa sebiji bawang yang dah bertunas dalam peti sejuk ketika berkemas. Apa lagi, ambil pasu dan tanah terus tanam. Saya tanam dalam bilik sebab bolehlah jaga dengan penuh kasih sayang.


Cik Bawang si pokok bawang

Tapi sekarang yang tinggal hanyalah pasu dan tanah kering sebab dedaunnya dah dibuat sup! Ngee tak dapat la ko rasa aman oi.. Hahahaha~

Arwah daun bawang baik hijaunya.

Saturday, December 20, 2008

Pertama kali sleepover!


Hai! 

Saya dah pindah ke Shah Alam :( Buat masa ni kami menyewa rumah di Seksyen 7 je dulu. Mungkin akan datang baru cari rumah untuk dibeli. Kadangkala kami akan balik ke Perak semula sebab rumah lama di Tronoh masih ada. 

Balik ke Perak kali ni, saya bermalam di rumah BFF saya, Qieqie di Seri Iskandar :-D Seronoknya rasa sebab ni pertama kali saya merasa "sleepover" dalam hidup tau! Baru je sampai Tronoh petangnya, malam tu dalam jam 10 terus pergi rumahnya. Nak spend quality time gittew. Bila lagi kan? Dah la jarang jumpa T^T 

Malam tu macam-macam yang kami sembangkan, daripada isu semasa ke boys ke soal hati ke pelajaran... Ngehehe. Paling tak dapat dilupakan sampai bebila, Qieqie buat air oren sampai satu jag besar!! Kami berdua je punnnn.. Akhirnya dapat habiskan separuh jag je. Masuk tidur jam 4.50 pagi. Pastu bangun kejap untuk solat subuh pada jam 6.30 pagi kemudian tidur semula. Bangun balik 8.30 pagi untuk sarapan. 

Lepas sarapan, main dengan kekucing Qieqie :3 Semua jantan, berwarna oren, besar-besar dan berbulu lembut. Hmmm :3


Dari kiri: Nala, dan Bo.

Ciko

Sejak dulu saya suka sangat Nala sebab mukanya macam bossy-bossy gitu. Cute la! Bo macam tak manja sangat dengan orang yang baru ia kenal. Ciko paling manja! Sekejap-sekejap ia nak melentangkan badan untuk bagi orang geletek perut. Ingat lagi, Qieqie kejar Ciko yang main lari-lari, tapi bila Ciko dah jauh daripada Qieqie, ia akan melentang tengah dunia. Tapi bila Qieqie dah datang dekat untuk tangkap, ia lari lelaju. Ulang berkali-kali babak tu sampai tawaf keliling rumah! Haha, kucing pun pandai buli orang ye :'D 

Kirim salam Nala hensem.


Gaputek


Semasa membesar di Seri Manjung, Perak dahulu, keluarga kami ada membela seekor kucing. Dinamakan Gaputek/Garfield oleh Tom. 

Gaputek


Kucing jantan berbulu putih-jingga, bermata kuning. Asalnya Gaputek ni kucing jiran rumah belakang. Jiran tu ada terlalu banyak kucing. Mungkin Gaputek kurang kasih sayang di sana, lalu berhijrah ke rumah kami untuk menagih kasih sayang. Saya dan adik (Tom) telah cuba untuk mengembalikan Gaputek ke rumah asalnya namun ia tetap kembali ke rumah kami. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjaganya. Kami tidak berkesempatan untuk bertanya atau meminta izin jiran tu sebab.. Terlalu sombong! Bila berselisih pun tak mahu pandang. Pastu tak lama kemudian, jiran tu pasang pagar setinggi atap rumah tanpa tanya kami setuju ke tak berpagar tinggi camtu. Dah la main piano tak sedap. (Eh mengumpat pula, dah la "curi" kucing). Haha! 

Masa Gaputek berhijrah ke rumah kami, ia masih muda remaja. Manjanya, Tuhan je tahu. Makan tak memilih, dan sebagai seekor kucing, ia suka cuba makanan pelik-pelik seperti pizza, spaghetti (dengan ceria makan sampai muka comot dengan sos tomato), sandwich (suka jem strawberi), dan jeli (ia suka jeli perisa epal). Citarasa barat sangat. Masa Gaputek dah mula tua, Babah rajin rebuskan atau bakar ikan kembung untuk Gaputek. Tapi bila nak kasi makan ikan seketul, kena teman Gaputek makan sebab ia tak reti nak makan. Ia bagaikan panik tengok ikan rebus/bakar seketul gitu, lalu termenung sambil cium-cium atau jilat je. Maka, orang yang meneman kena carik-carikkan ikan tu jadi kecil supaya ia mudah kunyah. Manja sangat kan? Haha.

Masa kami berpindah dari Seri Manjung ke Seri Iskandar, Gaputek pun ikut berpindah. Kami risau ia tak dapat survive sesekor kalau kami tinggalkan di rumah lama. Semasa kami pindah ke Shah Alam, Gaputek ikut juga. Dua kali pindah rumah :3

Sebagai kucing jantan, Gaputek jaga keselamatan rumah. Contohnya pernah suatu tengah malam di rumah sewa kami di Shah Alam (rumah teres dua tingkat), pintu belakang di dapur tetiba terbuka. Mungkin ada percubaan nak pecah masuk rumah malam tu tapi tak jadi? Kes merompak di Shah Alam memang tinggi pun. Tak mungkin pintu belakang tu terbuka sendiri sebab kami tak guna pintu tu, dan memang gril pintu leceh nak buka. Ceritanya, Gaputek (yang selalunya lepak depan rumah) telah masuk dalam rumah ikut pintu belakang yang terbuka tu dan mengiau sekuat hati di tingkat bawah sampai kami sekeluarga yang berada di bilik masing-masing di tingkat atas terdengar. Terkejut semua orang sebab macam mana pula Gaputek boleh masuk? Lagi terkejut bila tahu pintu dapur dah melopong terbuka tapi gril pintu masih berkunci! Kiranya ia telah tawaf satu blok deretan rumah teres untuk ke rumah kami yang berada di tengah blok untuk ke belakang! Naluri kucing barangkali tahu tuan rumah dalam bahaya? والله أعلم

Gaputek telah kembali ke pangkuan Ilahi setahun dua selepas berpindah ke Shah Alam atas sebab sakit tua. Arwah baik kucingnya.