Tuesday, February 24, 2009

Sehari di kelas (Part 5)


Hari ni, tajul dan syae pergi MSSD untuk olahraga 100m.. Raidah tak datang. Homework takda. Kelas cikgu rohana takda. Pen kaler2 tajul takda. Dapat tahu ujian minggu depan. Orange tenung ku lama tadi, dia ni betul ke suka aku (tetiba).

Mood pun takda. 

Bawa banyak snek hari ni tapi geng takda untuk dimakan bersama..

  • wafer stick
  • kit kat
  • gummies
  • gula2
Makan sorang2 je la. Tapi masa kelas kimi terkantoi dengan anas haslan, so kena bagi gummies kat dia.. hihi.

Esok tajul dan syae takda lagi, mereka ada acara 4x100m pula. Haih.. Ma, nak ponteng sekolah esok boleh tak? Sunyi la takda kawan :(

Sunday, February 22, 2009

Lawatan sekolah ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam





Semalam (21/2/09), sekolah yaya ada trip ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam. Sekolah kami antara sekolah yang dijemput untuk memeriahkan Hari Terbuka fakulti tu. Sepatutnya 40 orang dari sekolah kami kena hadir tapi 28 orang je yang datang.

Antara yang menarik.... 

Masa ucapan ketua program, dia cakap gaji jurutera yang kerja swasta di malaysia..

Diploma RM1700
BA RM19000
Overseas RM40000

Wow! Banyaknya $.$

Lepas ucapan pembukaan majlis tu, kami (SMKS7 dan SMTKL) dibahagikan kepada 5 kumpulan. Yaya tak sama group dengan kawan-kawan, dapat group 5. Masa kat bengkel kimpalan, Group 5 bergabung dengan Group 1. Dapatlah yaya menyibukkan diri ke zainal dan abbas daripada Group 1. Hihihi. Tak best la Group 5 takda member yang kenal :(

Aktiviti masa Hari Terbuka ni banyak melawat bengkel-bengkel fakulti tu la. Seronok tengok macam-macam mesin canggih. Bebudak kelas LK sibuk sebut perkataan teknikal apa entah, dan muka terharu tengok mesin NCN dan MCD (kalau tak silap la haha). Yaya yang budak Biologi ni hanya "Ye ke? Oh..". Haha. Yaya tahu axis X and Y je, tu pun sebab belajar Fizik. Bila dorang sebut axis U, P, Q... Err.. Blur jadinya ==''

Kat bengkel mana entah, dapat tengok secara live aluminium yang masih menggelegak! Pergh! Warna Al (ceyy guna singkatan elemen sebab belajar Kimia) tu merah menyala! Pastu orang tu masukkan Al dalam acuannya. Teruja betul.

Bihun goreng pagi tu memang sedap. Lunch pula dapat makan nasi tomato. Banyak berlebih, ada boys ambil sampai dua bungkus. Banyaknya makan. 

Balik sekolah semula dalam jam 1 petang. Hehe. Pening kakak-abang UiTM melayan karenah kami warga SMKS7 yang suka bergambar. Asyik ajak bergambar aje.



Sunday, February 15, 2009

Bengkel SPM BM di Universiti Malaya 2009



Tarikh: 15 februari 2009 (ahad)
Lokasi: Universiti Malaya, KL
Masa: 8.00 am - 6.30 pm


Bengkel ni untuk pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM tahun ni. Sekolah kami hantar 2 buah bas, paling ramai! * bangga *


iz tny "so apa input dapat?"
nur jawab "bm. strategi jawab.teknik.bla3"
iz "hoho.bunyi mcm menyesal join je? haha"
nur "mana ada. penat la. 10 jam blaja.. huhuh"



well.. pendek cerita, bengkel ni ada la manfaatnye. (GUNA DUIT SENDIRI TAW! HUHU T.T). Dapat la sikit-sikit input baru, yep, "sikit" sbb "banyak2" dah dapat Dr. Rohana (Pn. Rohana) ajar sejak form 4 (trimas ckg!).. seyes.. Apa yg bengkel ni ajar hampir sama dgn rohana ajar.

Ada 1 soalan KB tadi yang disoal, baru je kami buat minggu lepas.. malangnya kami (me, syaa, raidah, kobi, vanisha, nadia, yuva, arif z, zufarsyah yg dok kat depan skali ni) (betol2 depan penceramah) boleh lupa lak jawapannya! bila pandang Pn. Rohana yg duduk selang 3 tempat dari kami, matanya target2 je.. huhuh! sori cikgu! kami kelupaan ==' 

erm. yg paling best sesi karangan (pagi). sbb cikgu tu dah wat bengkel 2 jam kat skola kitorang hari jumaat lps..

sesi komsas (tghr) penceramahnya byk ckp benda2 yg tak penting, isi sikit, cerita byk..  terutamanya masa dia cerita ringkasan Sabor, hish..annoying betol..

lepas lunch break, sesi KB (kemahiran bahasa). cikgu pompuan.. ok la gak. lps ni kena wat praktis KB bebanyak lagi, betapa lemahnya.. huhuh..

akhir skali sesi rumusan, waktu petang sebelum balik. cikgu karangan yg pagi tadi.. heheh.. rumusan.. biasa la, dah praktis dgn Pn. Rohana 2 tahun, no hal.. (poyo! msh lom capai markah 30/30 dah berlagak! hi3)


sampai skola dalam kul 7.30pm..


Tuesday, February 10, 2009

Sehari di kelas (Part 4)


sejak malam tadi sampai la siang..
cuaca panas dan terasa pengap!

apa ke pengap? laa.. xtaw ke?
pengap tu rasanya macam kome dok selubung 1 badan dalam selimut masa cuaca panas terik.. haa.. mcm tu la rasanya..
giler x selesa! rs berpeluh tp tak berpeluh, dingin tp panas.. ugh! benci seh..

pagi tadi=

tajul: tak selesanya!

yaya: btol! nak nafas pun mcm susah.. mcm xda oksigen je.. pengap.

tajul: ha'ah. pengap. hishh ble nak hujan ni?

yaya: hai.. cpt la hujan.. kat luar ni awan mcm nak hujan tp x turun2..

-senyap sebentar melakukan aktiviti msg2 (h/w x siap!)

yaya: hm.. hmm.. hmm.. ah!! dapat ilham lirik baru! uh.. irama pun skali!
(maka yaya pun menyanyi la dgn lirik yg msh lom lengkap)

tajul: eh. ada bau hujan la.. ko bau?

yaya: uh? jap.. (menghidu di luar tingkap).. a'ah la! ada! tp hujannya?

-tetiba hujan mula turun-

tajul: wahh!! hujan! hujan turun sbb ko nyanyi tadi! suara x sedap! haha. trima kasih dayah!

yaya: ceh! bukan la. aku nyanyi best la turun hujan..

tajul: tak la, hujan terharu dgn suara ko.

***
masa rehat hujan turun dgn lebat.. best btol!
cuaca serta merta jd nyaman n sejuk.. best3!!!

tapi, seketika kemudian, cuaca kembali mcm sebelumnya.. pengap!
ugh!! dush3.. hailoh3..

Tuesday, February 3, 2009

Kucing di rumah Mak Ngah


Hari ahad lepas melawat rumah Mak Ngah. Mak Ngah sefamili dah bela kucing la! :-D
melawat rumah mak ngah hr ahad hari tu..





Kucing jantan ni namanya "Putih"



Comel la!
:3


Krypton si kucing pendatang (part 2)


Krypton si kucing pendatang dapat nama baru!


Ali Krypton




Mama lah yg bg nama ni. Kita sesedap panggil "krypton! krypton!" tetiba mama panggil "ali! ali!". Selepas berdebat nama, akhirnya mama cadangkan "ali krypton". Okay, dedua menang.

Haha teringat ada satu novel ni bertajuk Melah Melia. Kisahnya sorang baby girl lahir dan family tu berpecah dua, 1 pihak nak bg nama melah (klasik), 1 lg nak bg nama melia (moden).  Gegadoh akhirnya sorg kata "Apa kata gabung je".. Macam sama pula kisah nak menamakan kucing ni :-)

Cakap pasal Ali... Dalam kelas yaya ada budak nama Ali Hashimi. Semua orang panggil dia "Ali", tapi cikgu math (Pn. Khasanah) je panggil dia "Ali Shimi". Comeyynya! haha



Monday, February 2, 2009

Aman bubus


Ayong aman selalu kata "aman bubus"..

yaya tanya aman, "bubus tu apa?"
aman kata "cari dlm kamus, kalau jumpa gtaw aku"
so, yaya pun cari la dlm kamus...

menurut kamus elektronik besta..

"bubus" bermaksud..
1) botak, tidak berambut di kepala, tiada bulu (haiwan)
2) menyerbu keluar

sampai sekarang aman xdpt trima kenyataan bahawa bubus itu botak ^^ sebab family dy dah guna perkataan bubus tu lama dah. Yelah, mana la nak tahu rupanya perkataan tu ada maksud, ye x..

contohnya dalam family yaya juga, kitorang guna: nyok nyok.. ngambing.. wurk.. ^^
kiranya bahasa manja family turun temurun la.. hihi..




aman bubus..
nasib baik ko ada rambut lebat kan? ^^