Monday, August 31, 2009

Belated birthday presents




Kepada iz, trimas atas hadiah anda! ;)

tak lupa juga kepada noa yg menaja beg, dan awi yg kasi choc snickers.
trimas3!! :D

aku suka semuanya.. for me, it's never to late for b'day presents hehehe :D


untuk memenuhi permintaan encik apple, tadaa~ yay muat sangat!



Yay dapat baju baru :-D

Study group dengan geng seri iskandar


Hari sabtu lepas, kami sekeluarga balik perak. Yay~ Ku pergi library seri iskandar, dah janji dengan qie nak group study :-D

erm. 1st time jumpa iz face-to-face sejak ku pindah ke shah alam. selalunya sms, dan chatting je. waktu masuk pintu library tu, tengah ku tanggalkan kasut, tetiba ada orang kata "hai.."
aku pun pandang la, dalam kepala "mamat cina mana lak neh?" wakaka! xda la, aku kenal la ko iz. takkan la bestfriend sndr x kenal kan.. cuma ko dah tak berapa serabai, tu yg aku tak cam sangat tu. kan form 2 dulu kan ko serabai.. :P

Apa-apa pun, lepas aku dah tak mamai tu, perasaan gembira gila.. yay~ jaket wane merah! nak salam! nak peluk boleh tak?! hahaha! gila ah, sebelum hilang kawalan baik aku pergi letak beg dulu :D

"sejuk sangat ke?" iz tanya. tak ah, aku pun tanggalkan jaket dan stoking, peh panas lak. lupa yg library Seri Iskandar tak sejuk beku mcm library Shah Alam. hi3.. then aku lak tanya "sejuk sangat ke?", dia diam je. dah nak balik tu masa kena tiup angin baru aku taw knp dia pakai jaket, nak cover pakai sport singlet. hahaha. aku ingat ko pakai tshirt biru ;D

memula sampai, mak aih, ramainye kawan2 lama.. hoho. memula nak duduk meja panjang tu dgn dorang tapi pastu pindah meja kecik, mahu ajar qie subjek sejarah dulu sebab dia nak balik kul 11pagi tu. cik adik kita ni asyik la kena sumpahan buku sejarah, maka perkhidmatan cik aira diperlukan. smpat la ajar sub-topik maritim dan agraria. 

lepas qie pulang, ku pindah semula ke meja besar (takkan nak layan perasaan duduk sesorang kan). memula buat latihan sejarah, then addmath. kalau qie kena sumpahan buku sejarah, aku lak kena sumpahan buku addmath.. bila addmath dibuka, dunia jadi kelam, angin datang bertiup-tiup suruh tidur.. Sebelum ia terjadi, datang encik addmath. yay~ berusaha lah encik addmath-ku mengajar soalan2 yg bagi dia "piece of cake" kepada cik-sayur-addmath.. ngahaha, lepas je 3 soalan, terus tutup buku. sori ah encik addmath, i really hate addmath =='

tukar pulak buat latihan math. yay~ i love math. encik addmath geleng kepala, katanya "addmath kena ada strategi, cikgu kata, jawab mana yg boleh, tinggalkan mana yg susah". uh oh, kalo gitu.. aku tinggalkan sume la? ada boleh tak? :P papepun, trimas encik addmath kerana berusaha mengajarku!

lepas je kul 4 petang, bebudak semua dah hilang tumpuan, maklumlah, otak da penat. maka mula la keluar cerita lawak. daripada kisah pasangan bahagia yg mungkin nak jual anak, pembunuhan kejam ke atas kucing yg tak berdosa, cik abang yg selamba minum masa ramadhan sbb nak test air panas ke tak sblm masuk waktu berbuka kat surau, tertido tiap kali terawih, sampai la kisah kerjaya akan datang jika rambutnya terus membesar.. semula cerita lawak sampai sakit rahang nak tahan ketawa! :D










Thanks guys. Seronok dapat jumpa kawan lama dan study bersama :)

Saturday, August 29, 2009

Rangka tulang yang popular di makmal sekolah


Lepas habis kelas bio hari tu, semua bajet manja kat mr. skeleton, tengok, mr.skeleton dah senyum lebar.

skeleton ni sering dimanjakan, manja sgt sampai dua2 belah tulang tangan dah hilang.. kesian..

tahun lepas ms mr. skeleton masih ada tangan, sopi pernah menari dgn dia. peluk2 la.. sampai bergoyang2.. haha. kitorang gelak tak ingat dunia tengok dia menari dengan mr.skeleton. Pastu mu'az pula setting tangan skeleton tu naik ke tengkorak la, bercekak pinggang la, kaki bersilang XD

aii kenangan.. :)

Sunday, August 23, 2009

Lupa dah ramadhan hari ni

tata: yaya, nak fisherman's friend 1! :) :D

yaya: fisherman..?.......*pandang*..ko tak puasa ke tata?

tata: *blur*

yaya: hr ni kan hr ptama puasa..

tata: *sedar* a'ah la! alamak! aku lupa! asal aku minta? ahhh!! *panik*

fafa: eh, lib la. syyhh.. (tp join gelak jugak)

syah: haha. aku pun pk mcm nak minta gak bila dgr ko minta ;D

yaya: yih? :P

*lawaknya, 5 minit kemudian masa mengembur pencil case nak cari pen, jumpa 1 paket fisherman's friend! lupa nak kuarkan dr pencil case ms sahur td! LOL

syasya: ha! kantoi tak pose!

nalnal: ayookk!..

yaya: hey, org pose r.. terbawa je =='

Thursday, August 13, 2009

Puteh & co.


Kekucing Mak Ngah comel! ;3


Puteh


Isteri Puteh


Lunch date


Anak-anak mereka


Ni fav ku


Anak kucing Mak Ngah


Mak Ngah ada anak kucing baru! Ingat tak si Puteh dulu? Puteh dah 'kawin' dengan kucing betina warna oren. Awwhh. Berikut gambar yang mama tangkap masa dia melawat Mak Ngah -- ku tak ikut sebab sekolah :( 














Comelnya alahai. Dengar cerita sekor dah mati, cuma tak tahu which one :( Alaa. Harap mereka masih ada masa ku melawat Mak Ngah akan datang. 


Friday, August 7, 2009

Lawatan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor (part 2)


syae sgt excited merakam gambar kawan2 yg bergayut atas pokok tu. hoho

tajul, monyet2 tu dari tadi usha ais loli ko..


aik.. mcm kedekut je.. kasi la sket kat monyet tu.. :P

amir loves nature

budin vs. monyet

mu'az vs. monyet

seth vs. monyet (kat belakang)


dorang pakat gelakkan ketua monyet



"jump! i said jump!" but the monkey doesn't jump..

oh-no.. tajul kena attack!

main aci kejar

apsal gaya mcm sopi? :P

"good boy..sit!"

cey.. monyet dah dgr ckp..

bajet mcm pirates of the carribean..

alamak! aizat dah kena makan dgn monyet! :P


Lawatan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor (part 1)



Hari ke-2 kem NILAM sekolah ada lawatan ke Bukit Malawati kat Kuala Selangor.. Nah gambar masa naik tren untuk ke puncak bukit:









sibuk nak bergambar depan tren, nasib tak kena langgar



amir usha amoi keee


memasing muka layan XD



rambut mu'az je tak terkesan dengan angin






Kucing di rumah tajul

hari pertama kem, aku dah start demam. konon nak amek udara jap, so ku ikut tajul balik rumah dia untuk amek barang. malangnya dia tertinggal kunci kat sekolah, jadi aku telah ditinggalkan di luar rumahnya, tapi takpa sebab ku ditemani oleh kucing2 tajul yg comel2..




Yang ni manja betul denganku, asyik menyelet aje


Tengah mengendap nak tangkap lalat


Jangan kacau budak kecik ni! GRR!!


Me: tajul, kasi nama dia airo taw // tajul: tu kucing nawal la *alaaa


tatih tatih


mata kuning emas 


chuuu


comel la konon?

ahaha.. comey gila kucing ko tajul! jeles aku.. cuma, masih tak berkesempatan lg untuk berjumpa dgn S****, kucing special tu. haih2.. :p