Thursday, September 17, 2009

Majlis berbuka puasa SMKS7 2009


Tahun lepas tak pergi, so tahun ni pergi la.. memula rasa macam malas.. yela, still dalam minggu exam kan.. tapi tak dapat tahan hati bila syae buat mata bersinar (mcm dlm komik shinchan) memujuk ku supaya datang juga. haha.

Kitorang secara sengaja pakai baju kurung ungu.. nasib baik corak lain2 kalau tak dah boria.. warna ungu pun lain sikit..

sorry tangan shaky

Memula pergi daftar kehadiran, lepas tu sorang 1 dapat pek berbuka puasa ni. ada sebiji oren, air kosong, air kotak, kurma, dan kuih dua ketul..

lepas dah berbuka tu, eh? takkan ni je kot? uhuhuhu lapar~~.. barulah dengar ustaz buat pengumuman kata makan besar lepas magrib *lega*

pek berbuka puasa

masa solat magrib, ramai.. masa makan nasi beriyani khulafa, uh~ bertambah ramainya...
tapi masa solat isya', eh.. knp mcm kurg 1 saf je? dan masa solat terawih.. aik? hilang separuh dah? ish3... :P

solat terawikh laju giler.. kul 9.30pm dah habis!

oh la la... sangat excited, 3 oktober ada majlis sambutan hari raya untuk dah SPM n PMR pulak! yay~ pakai baju raya g skola~ :D so looking forward for it ;)