Tuesday, May 25, 2010

Si putih and fish cake



Yesterday, while waiting for Mama to come and fetch me up, as usual, I went to meet Si Putih to say hi. He was sleeping under a bench. So, I don't want to bother him (but I did actually)..

While I was eating Koperasi's famous fish cake (best selling food), Si Putih suddenly woke up and "muuuu~ miaaaw~ mmmm~" asking me to share the fish cake with him.


"Mmmmm~ Purrrr~ nuu, muooow.. meoooo.. muu.. mmm"

translation:
"still sleepy, but it's smells goooood~ nur, please give me some! no, i actually want it all!"




"waaahh~ so yummy! although the chili sauce is spicy, but it's really taste goooood~"



The last thing I realize was, Si Putih ate all of my fish cake =='



Friday, May 21, 2010

Si putih kucing pengetua


Orang kata kucing nama 'putih' ni kucing pengetua SMKSSAAS. tak tahu la betul ke tak. Haha.





Lena betul tidur.


Kesian misai kena potong, sapa la nakal sangat ni :(

tidur mati
|
|
|
V


Putih selalunya lepak kat pondok pak guard sekolah.

Wednesday, May 5, 2010

Resipi: Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis Kubis Goreng Kicap Ayam Goreng

Hahaha.. Cuba baca tajuk entri ni dengan 1 nafas je ^^
Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Bilis Kubis Goreng Kicap Ayam Goreng!!! *putus nafas.. Teet teet teet =='


Yummm~~


Hari ni cuba masak nasi lemak lengkap dengan lauk-lauknya sekali sorang-sorang. Sebelum ni tak pernah, cuma tolong mama masakkan sambal tumis atau gorengkan sayur je :)


Nasi Lemak

Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 helai daun pandan -dicuci bersih, simpul
1/2 kotak santan kelapa
Sedikit hirisan halia (saiz 1/2 ibu jari je taw) dan bawang merah

Cara-cara:
Hmm.. Macam mana nak terangkan ye? Sebab lain beras, lain sukatan air.. Hmhm.. =='
Okay, mcm ni lah..
  1. Mula-mula cuci beras macam biasa.
  2. Masukkan 1/2 kotak santan kelapa, pastu tambah air ikut sukatan beras macam biasa :)
  3. Tambah hirisan halia dan bawang merah, serta daun pandan yang sudah disimpul.
  4. Masak atas api sederhana, atau dalam periuk elektrik, jangan tutup sepanjang nasi sedang masak tu, kacau la sekali sekala supaya santan sebati (tak naik).
  5. Bila nasi dah mula masak, kacau buat kali terakhir sebelum tutup dengan penutup periuk.
    Hmm.. Jap lagi masak la tu ^^


Sambal Tumis Ikan Bilis



Bahan-bahan:
Segengam/1 senduk besar ikan bilis kering - dicuci dan ditos
7 sudu besar pes lada giling
3 ulas bawang putih - mayang
1 bawang besar - mayang
1 sudu kecil pes asam jawa (dicampur dengan sedikit air)
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Dalam periuk sederhana, tuang sedikit minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.
  2. Dalam kuali dan minyak tadi, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan pes lada giling, tumis sehingga garing. Ingat, kena sampai garing taw, kalau tak sambal anda rasa pelik, dan cepat basi. Garing, bukan hangus! =='
  3. Apabila sambal telah garing, cepat-cepat tambah air asam jawa, gula, dan garam. Dengan kehadiran gula, warna sambal akan serta merta bertukar gelap. Jangan panik :)
  4. Dah sebati? Masukkan semula ikan bilis goreng tadi ;)
    Kacau-kacau.. Tunggu jap, jap.. Ok, kacau-kacau sikit lagi.. Dan..... SIAP! :D


Kubis Goreng Kicap



Bahan-bahan:
1/4 kubis bulat -dicuci dan dihiris
1 lada merah -dihiris
3 ulas bawang putih - mayang
1 bawang merah - mayang
2 sudu ikan bilis kering - dicuci dan ditos
Kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah, lada merah, dan ikan bilis sehingga garing.
  2. Masukkan kubis, goreng sampai masak (kubis bila dah masak macam layu).
  3. Sejurus kubis masak, cepat2 masukkan kicap manis. Gaul-gaul, dah rasa sebati tu, maknanya dah SIAP! ^^


Ayam Goreng AYAMAS


Alaaa.. Takkan kena ajar juga kot.. Haha. Ayam goreng segera je ni ^^
Kalau tak tahu, baca arahan kat plastik ayam segera tu ye ;)


***

Senang je kan masak nasi lemak ni?
Cubalah nnt ye ;)

Resipi: Agar-agar Nanas

Weee~~ ^^
Agar-agar rupa-rupanya sangat senang nak dimasak. Tak sampai 30 minit! ^^

Oh, agar-agar nanas masa di Jamuan Apreasisasi Guru kat Afiqah's tu saya la yang buat.. Yep, ni 1st time masak agar-agar :D




Bahan-bahan:

1 tin nanas
1 paket agar-agar
1/2 cawan gula putih
1/2 tin susu cair
Air




Cara-cara:

  1. Susun bekas-bekas yang anda nak tuang agar-agar nanti di dalam dulang yang diisi air.
  2. Mula-mula... Masukkan agar-agar (seperti gambar di atas) ke dalam periuk besar. Tambah air takat tutup agar-agar sahaja. Tak lebih, tak kurang. Jangan lebih, nanti agar-agar jadi lembik. Didihkan atas api sederhana. Kacau-kacau sekali sekala supaya agar-agar tak melekat-lekat diantara satu sama lain.
  3. Sementara menanti agar-agar mendidih, kisar 1 tin nanas (dengan air nanas tu sekali) bersama 1/2 cawan gula sehingga halus.
  4. Apabila agar-agar mendidih (semua agar-agar tadi dah hancur dalam air), masukkan kisaran nanas tadi. Tambah susu cair. Kacau sehingga sebati, kacau lebih kurang 3 minit lagi sebelum tutup api. Tak perlu tunggu mendidih semula.
  5. Cepat-cepat tuang agar-agar panas ke dalam bekas-bekas tadi. Sejukkan pada suhu bilik, bila agar-agar mula mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk. SIAP! ;)



Xda gambar agar-agar siap, sebab L730 tiba-tiba diserang strok =='

Hmm.. Kenapa entri ni banyak kata ganda ye? :P

Makaroni Goreng

Hai semua~~
Maaf sebab entri ni dalam Bahasa Melayu *tunduk maaf
Sebab saya tak tahu nak huraikan dalam English T_T
Yelah, English saya xda la hebat pun sbnrnye *segan


***


Hohoho..

Saya kembali menulis entri-entri makanan selepas seorang junior saya buat special request,
dia kata "dah lama akak tak post entri pasal makanan macam dulu".. Orait.. Ni lah ni akak post ^^
Rasanya dulu penah post pasal kek, hmm.. Lupalah pula ^^ Cubalah carilah kalau rajin, kat entri 1-2 thn lps :P

Hmm.. Bagus gak kot? Sebab kawan2 saya ramai dah nak gi blaja kat luar hometown..
Yang membawa maksud "jauh dari famili=hidup berdikari"
Mungkin mereka dapat hostel yang ada dapur, so bolehlah cuba resipi saya ^^

Kepada pembaca yang tidak tahu/kurang mahir Bahasa Melayu, maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Mungkin entri-entri makanan yang seterusnya kalau tu resipi mama atau saya sendiri, saya akan tulis dalam BM.. Maaf! * tunduk maaf *

Baiklah pembaca sekalian.. Makaroni Goreng ni leh kata makanan ferevet saya ni ^^
Senang je taw nak masak ni.. Sedap pun sedap.. Hari tu bawa ke Picnic Game, licin dorang habiskan :D Kesian Tata tak sempat rasa, padahal masa awal-awal sampai padang, dia dah bawa lari makaroni tu ==' Lain kali ye Cik Ta ;)




Bahan-bahan:

1 paket makaroni (bentuk suka hati anda, samada bulat, siput, warna warni, dll)
1 paket daging cincang - cuci dengan air garam, tos
1 lobak merah (saiz sederhana) - dicincang
1 tin cendawan bulat - dicincang
5 ulas bawang putih - hiris halus
1 bawang besar (yang berkulit tebal, warna kuning jingga tu) - hiris halus
1 botol sos spageti tomato (alaa yang macam Prego tu~ ;)
5 sudu besar pes lada giling (jenama Puteri sedap!)
2 sudu besar kicap manis (bagi penyedap rasa tp jgn lebih taw! oh, tak letak pun tak pe)
1/2 sudu besar garam
serbuk lada hitam kasar (lagi banyak lagi bagus! ;)
Sedikit minyak




Cara-cara:

  1. Dalam periuk besar, isikan air sehingga separuh penuh.
    Apabila air mula mendidih, masukkan 1/2 sudu besar garam dan sedikit minyak (dalam 2 sudu besar je).
    Kemudian, apabila air mendidih, masukkan makaroni. Masak sehingga makaroni empuk, tapi jangan overcook ye!
    Tapis makaroni, dan biarkan di tepi..
  2. Dalam kuali (api sederhana besar), tuang sedikit minyak (dalam 4-5 sudu besar). Tumis bawang putih dan besar sehingga naik bau (naik bau sahaja, bukan garing!).
    Masukkan pes lada giling, tumis sehingga garing.
  3. Masukkan daging cincang, tambah serbuk lada hitam.. Dan masak sehingga empuk (daging cincang dah tukar warna, dan kering air).
  4. Setelah empuk, masukkan sos spageti tomato, lobak merah, dan cendawan. Okay, dah nak siap dah ni..
  5. Bila sos tomato berdaging tadi dah mula membuak-buak (bukan mendidih taw!), masukkan makaroni tadi. Goreng-goreng sampai sebati. Bila sudah sebati, sprinkle sedikit kicap manis buat penyedap rasa, dan gaul-gaul supaya sebati. SIAP! ;)
    Jangan lupa tutup api! :P


TADAA~~~



Ada orang suka makan dengan hirisan keju.. Bolehlah tabur-tabur sikit, keju mozzarella sedap! ;)
Ohh, kalau makan dengan sosej goreng pun sedap juga taw ;)


Ya, saya tahu, tak semua mahir memasak. Macam saya jugak, xda la mahir sangat, tp tahu la sikit2 kalau masakan yg mudah2 tu :D
(Hmm.. Ada orang kata kalau tak reti masak rendang, xleh kawin lagi.. Sbb nnt masa raya xda lauk ==' )

Sedikit tips mengenai Makaroni Goreng.. :D
  • Perasan tak bila masak sos tu xda letak garam?
    Sebab masa rebus makaroni tadi dah letak. So, kalau letak lagi, akan bertambah-tambah masin. Tak baik masin2 taw.. Makaroni tu dah masin hasil dari rebusan garam tadi ;)
    Lebih senang letak garam masa rebus makaroni..
  • Cuci daging cincang dengan garam (tak kisah garam kasar or halus). Garam boleh cuci darah dan buang lemak berlebihan yang melekat kat daging cincang tu..
    Tengok air cucian tu, peh~ Keruh =='
  • Hiris/cincang lobak merah dan cendawan tu. Haha. Lagi kecil lagi bagus, senang empuk dan senang dimakan. Kalau orang yang tak suka makan sayur pun terpaksa makan jugak sebab dah sebati benar dengan sos tomato daging ^^
    Tapi! Jangan cincang sampai lumat pulak! =='
    Erm.. Macam ni cukup la..


  • Masa tumis pes lada giling tu memang agak keliru untuk mengetahui ianya sudah garing atau tidak. Erm.. Mengikut kefahaman amatur seperti saya ni, yang dikatakan garing bila..
    1. Lada giling tu macam 'kering', keluarkan minyak.
    2. Macam melekat-lekat pada kuali walaupun kuali anda kalis lekat2.
    3. Warna agak gelap berbanding lada giling tak masak.
    Lada giling kena garing, sebab kalau tak cukup garing, makanan/lauk senang basi/tak tahan lama..
    Err.. Kena slalu memasak la, baru tahu macam mana.. Practice make prefect, right?
  • Botol sos spageti tomato ready-made kadang2 agak susah nak buka. Pulas kuat macam mana pun, kadang2 botol tu gedik ketatnya. Well.. Memula tarik nafas, tenangkan diri.. Kendurkan otot tangan tu jangan tegang sangat (maksudnye relax-kan diri).. Then, pulas perlahan tapi mantap. Insya-Allah, penutup tu boleh buka, ada bunyi "POP!" tanda berjaya. Yup..

Cukuplah setakat ni.. haha ^^
Buhbye~ :D

Recipe: Apple Bread Pudding

The main differences from the original recipe and mine are..
The existence of Chocolate Chips ;)


I like chocolate chips ;)
Raisin is added because I didn't used sugar.
But, for you, please follow the recipe, used the sugar.
Except, if you got diabetic housemate who love your food ^^
Topped your Apple Bread Pudding by half chocolate chip, and another half without it.



INGREDIENTS:

Pudding:
4 cups soft bread cubes
1/4 cup raisins*
2 cups peeled and sliced apples**
1 cup brown sugar
1 3/4 cups milk***
1/4 cup margarine
1 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon vanilla extract
2 eggs, beaten

*If you didn't used sugar, make 1/2 cup of raisin.
**2 cups=5-6 small green apples.
***Accurately measured! As apple will release it's juice when it is cooked. Or else, your apple bread pudding will break down (tak lawa la nnt ble potong)


****Vanilla sauce:
1/4 cup white sugar
1/4 cup brown sugar
1/2 cup milk
1/2 cup margarine
1 teaspoon vanilla extract

****I didn't make the vanilla sauce as I was out of vanilla essence T_T btw, apple bread pudding still nice to eat just like that, chocolate chips already enough to give that extra flavour.




DIRECTIONS:

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease a 7x11 inch baking dish.

2. In a large bowl, combine bread, raisins, and apples. In a small saucepan over medium heat, combine 1 cup brown sugar, 1 3/4 cups milk, and 1/4 cup margarine. Cook and stir until margarine is melted. Pour over bread mixture in bowl.

3. In a small bowl, whisk together cinnamon, 1/2 teaspoon vanilla, and eggs. Pour bread mixture into prepared dish, and pour egg mixture over bread.

4. Bake in preheated oven 40 to 50 minutes, or until center is set and apples are tender.

5. While pudding is baking, mix together sugar, 1/4 cup brown sugar, 1/2 cup milk, and 1/2 cup margarine in a saucepan. Bring to a boil, then remove from heat, and stir in 1 teaspoon vanilla. Serve over bread pudding.


Mine..
|
|
V

***

Original recipe from Allrecipe.com

Tuesday, May 4, 2010

Recipe: Dutch Apple Bread

The real picture I saw on the website was like this..
|
|
V


But, mine is like this..
|
|
V

Kekekekeke~ ^^



Ingredient:

1/2 cup butter or margarine, softened
1 cup sugar*
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract**
2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/3 cup buttermilk***
1 cup chopped, peeled green apple****
1/3 cup chopped walnuts

*I used only 1/4 cup of sugar, as babah is diabetic.
**I don't use vanilla essence, 1)out of stock, 2)ground cinnamon enough to give pleasant scent :)
**Buttermilk hard to find in Malaysia, so, just mix a small amount of butter and milk :)
Like in this recipe, we need 1/3 cup of buttermilk, so, take 1 tablespoon of butter, and 1/3 cup of milk.
****About 2-3 small green apples.

Topping:

1/3 cup all-purpose flour
2 tablespoons sugar
2 tablespoons brown sugar
1/2 teaspoon ground cinnamon
3 tablespoons butter or margarine

*I only used 1 tbs sugar.


Directions:

1. In a mixing bowl, cream butter and sugar.



2. Beat in eggs and vanilla.


3. Combine flour, baking soda and salt; stir into the creamed mixture alternately with buttermilk.


4. Fold in apple and nuts.

5. Pour into a greased 9-in. x 5-in. x 3-in. loaf pan.

6. For topping, combine the first four ingredients; cut in butter until crumbly. Sprinkle over batter.

7. Bake at 350 degrees F/180 degree C, for 55-60 minutes or until bread tests done. Cool in pan 10 minutes before removing to a wire rack.







Original recipe from Allrecipe.com